PKR akan mendapatkan penjelasan daripada kerajaan Sarawak sekiranya pemimpin Melayu Pakatan Harapan dihalang memasuki negeri itu.
“Saya akan bertanya secara rasmi kepada setiausaha negeri (sekiranya disekat),” kata timbalan pengarah pilihan raya PKR Sarawak Baharuddin Mokhsen ketika ditanya jika Dr Mahathir Mohamad akan hadir membantu kempen di negeri itu.
“Saya difahamkan Sarawak tidak akan benarkan mereka masuk”.
Baharuddin berkata terdapat rancangan untuk mendapatkan pengerusi PH yang juga bekas perdana menteri Dr Mahathir, untuk berkempen di sekitar Kuching seperti di Stampin dan Petrajaya bersama menteri besar Selangor sementara Mohamed Azmin Ali di Selangau dan penyandang kerusi Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di Miri.
Dr Mahathir dan Azmin bagaimanapun masih tidak “disenarai hitam” daripada memasuki negeri itu, tetapi Nurul Izzah tersenarai.
Begitu juga beberapa pemimpin PKR lain seperti ketua Wanitanya Zuraida Kamaruddin dan Saifuddin Nasution Ismail.
Bagaimanapun, Sarawak yang mempunyai autonomi dalam urusan imigresen di bawah Perjanjian Malaysia, membenarkan Nurul Izzah dan Zuraida memasuki negeri itu tahun lalu selepas mereka mendapatkan kebenaran.
Walaupun kerajaan negeri itu tidak pernah mendedahkan senarai itu, yang mengandungi nama penyandang kerusi Petaling Jaya Utara Tony Pua, penyandang kerusi Seputeh Teresa Kok, Rafizi Ramli, peguam dan aktivis Ambiga Sreenevasan, pemimpin kumpulan pendesak Melayu Perkasa Ibrahim Ali dan pemimpin Baju Merah Jamal Md Yunos.
“Hakikatnya ialah BN takutkan kita. Ini petunjuk yang baik. Mereka takut kalah. Jika kamu kuat, kamu tak akan peduli,” kata Baharuddin.
Baharuddin berkata, walaupun mereka membenarkan ketua menteri sementara Pulau Pinang Lim Guan Eng masuk ke negeri itu pada hujung minggu, mereka masih takut untuk membenarkan pemimpin Melayu kerana takut ” akan memberi pengaruh di kawasan Melayu”.
“Ia sangat jelas. Secara dasarnya kawasan bandar adalah kawasan kuat mereka (BN)”.
Katanya, jika pembangkang berjaya masuk ke kawasan Melayu, “Ia akan memberi kesan (buruk) kepada kepimpinan (ketua menteri) Abang Johari (Openg). – 3 Mei, 2018.
Komen