KIRA-kira selepas berkempen, PH Sarawak “yakin dalam diam” akan mememangi “kerusi sukar” Selangau.
PH meletakkan pengerusi PH Baru Bian di kerusi yang mempunyai 30,026 pengundi yang mana 90% daripadanya adalah daripada etnik Iban.
“Bukan kerana rakyat di sini suka Pakatan Harapan atau PKR. Kita hanya menuai tindak balas ke atas Barisan Nasional,” kata timbalan pengarah pilihan raya PKR Sarawak Baharuddin Mokhsen kepada pemberita pada satu sidang media di Kuching hari ini.
Keputusan untuk meletakkan Baru di Selangau dibuat selepas pemimpin PKR Sarawak yakin prospek kemenangan kini meningkat berikutan parti komponen Barisan Nasional Parti rakyat Sarawak (PRS) menggugurkan Joseph Entulu yang menyandang kerusi itu selama tiga penggal.
Entulu digugurkan beberapa hari sebelum hari penamaan calon kerana didakwa bertindak bertentangan dengan “kepentingan parti selepas dimaklumkan beliau akan digugurkan daripada kerusi yang dimenangi kali pertama pada pilihan raya umum 2004.
Kebanyakan pemerhati politik bagaimanapun percaya pengguguran Entulu, yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum pembubaran Parlimen adalah kerana pertikaiannya dengan presiden parti itu James Masing dan tindakan pencegahan terhadap apa-apa cubaan oleh penyokong Entulu dalam hierarki BN untuk memasukkan semula beliau dalam senarai pencalonan BN.
PKR mendakwa pengguguran itu memberi kelebihan kerana penyokong Entulu yang marah kini akan beralih sokongan kepada Baru.
Risalah, yang dilaporkan dibuat oleh “rakyat Selangau” dan meminta untuk menlak calon BN Rita Sarimah Insol dan “mengundi PKR dan Baru Bian” kini tersebar di sekitar kawasan luar bandar di Sarawak.
Risalah itu mendakwa “rakyat Selangau” tidak gembira dengan pengguguran oleh Masing yang menyebabkan perpecahan dalam kalangan penduduk di situ dan menafikan seorang menteri untuk mereka.
PKR turut berang dengan Masing yang menyifatkan Baru sebagai “Orang Ulu dari tanah tinggi (Ba Kelalan) yang hanya tahu sedikit bahasa Iban namun cuba jadi jaguh di kawasan 90% penduduk Iban”.
Baru yang meerupakan daripada etnik Lung Bawang, salah satu daripada etnik yang terdapat di Sarawak yang termasuk dalam golongan Orang Ulu (masyarakat pendalaman”.
Baharuddin menuduh Masing membawa politik perkauman, iaitu politik yang katanya “mencetuskan ketegangan di semenanjung”.
“Masing menggesa pengundi untuk menolak Orang Ulu di kawasan 90% penduduk Iban, itu merupakan politik 20-30 tahun dulu.
“Ia ketinggalan zaman, pemikiran politik kuno.
“Kita tidak lagi bercakap tentang politik kaum. Kita kini bercakap tentang kelebihan dan kebolehan menyampaikan dan mewakili pengundi di Parlimen.” – 3 Mei, 2018.
Komen