Calon BN di'boo' kerana enggan jawab soalan 1MDB


The Malaysian Insight

ORANG ramai yang hadir ke program dialog bersama calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Petaling Jaya malam ini hairan dengan tindakan calon Barisan Nasional (BN) yang enggan menjawab pertanyaan mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Semasa sesi soal jawab, seorang pengundi bertanyakan ahli panel, yang terdiri daripada calon BN dan Pakatan Harapan (PH), mengenai pandangan mereka terhadap negara dan apa yang akan dilakukan mereka selepas membentuk kerajaan di Putrajaya. 

Satu daripada soalan yang ditanya adalah mengenai apa yang harus dilakukan bagi mengatasi isu 1MDB yang telah mencemarkan imej negara. 

Calon BN Subang Tan Seong Lim menjawab soalan tersebut dengan berkata yang beliau ada mendengar seseorang akan pergi ke seluruh tempat memberikan ceramah mengenai 1MDB. 

“Ada seorang lelaki ini pergi ke serata tempat (namanya) Arul. Saya rasa lebih baik tanya dia,” jawab Tan yang mengundang sorokan ‘boo’ daripada hadirin. 

CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang kini dalam siri jelajahnya ke seluruh negara, menegaskan yang perdana menteri sementara Najib Razak tidak bersalah dalam skandal terbesar kewangan Malaysia itu. 

Kira-kira 500 hadir ke program dialog berkenaan yang diadakan di Dream Center, Petaling Jaya. 

Penyandang kerusi Subang Jaya dan bekas speaker negeri Hannah Yeoh berkata jika PH menang kerajaan Persekutuan mereka akan melaksanakan siasatan terhadap skandal 1MDB. 

“Kami akan minta peguam negara buka semula kertas siasatan 1MDB.

“Kami juga akan benarkan Parlimen untuk bahaskannya,” katanya yang mendapat sorakan daripada hadirin. – 2 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen