KETUA Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy jelas digunakan sebagai alat Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Umu ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini.
Rafizi berkata Arul Kanda perlu memberi perhatian untuk menghalang perdana menteri sementara Najib Razak daripada menyebabkan Malaysia menanggung bebanan hutang berhubung dakwaan skandal1MDB, bukannya berkempen untuk gabungan pemerintah.
Arul Kanda memberi ceramah pada program jelajah mengenai 1MDB. Beliau menafikan sebarang salah laku pada firma pelaburan negara yang dipengerusikan Najib, dan juga menafikan hubungan firma dengan Low Taek Jho.
Rafizi berkata penafian dan tuduhan pantas Arul Kanda terhadap pembangkang dengan “mempolitikkan” 1MDB menunjukkan beliau menjadi alat BN.
“Penafian beliau itu menunjukkan sifat ‘double standard’ (atau talam dua muka) beliau berhubung skandal 1MDB. Jika PH membangkitkan isu 1MDB, Arulkanda akan menuduhkan PH mempolitikkan 1MDB sedangkan dia jugalah yang sedang keliling Malaysia (atas wang rakyat) untuk mengelirukan rakyat mengenai kedudukan sebenar 1MDB,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.
Arul Kanda menegaskan 1MDB tidak tertakluk kepada sebarang penyiasatan jenayah, sama ada di Malaysia atau di peringkat antarabangsa, dan saman difailkan di Amerika Syarikat adalah berhubung penyitaan aset yang melibatkan individu tertentu.
“1MDB bukan sebahagian daripada penyiasatan itu,” kata Arul Kanda.
Rafizi juga mengkritik ketua 1MDB kerana menafikan dakwaan firma berkenaan laporan berita baru-baru ini yang pihak berkuasa Switzerland sedang menyiasat dua pegawai dari firma Arab Saudi, PetroSaudi International sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas aset yang dicuri daripada 1MDB. – 2 Mei, 2018.
Komen