Deepavali disambut sederhana susulan kos sara hidup tinggi


Ravin Palanisamy

Penganut Hindu di Malaysia yang menyambut perayaan Deepavali terpaksa mengurangkan perbelanjaan mereka susulan kos sara hidup yang tinggi selain inflasi yang menjejaskan kuasa membeli. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 8 November, 2023.

KOS sara hidup lebih tinggi dan inflasi yang menjejaskan kuasa membeli menyebabkan penganut Hindu di Malaysia yang menyambut perayaan Deepavali terpaksa mengurangkan perbelanjaan mereka.

Bercakap kepada The Malaysian Insight penganut Hindu berkata mereka terpaksa mengurangkan pembelian tertentu yang dianggap tidak perlu.

Mereka juga berkata walaupun berbelanja lebih sedikit barangan namun akhirnya membelanjakan jumlah yang sama atau lebih daripada yang dibelanjakan tahun lepas.

M. Sagunthala berkata dia akan mengurangkan perbelanjaan tahun ini terutamanya pada barangan makanan.

Beliau berkata keluarga akan mengurangkan bilangan kuih yang dibuat di rumah dan akan memberi tumpuan kepada makanan ringan tradisional seperti muruku.

“Kami pernah membuat sekurang-kurangnya lima jenis kuih yang berbeza dan selain itu kami akan membuat makanan ringan tradisional seperti muruku, athirasam dan lain-lain.

“Tahun ini saya akan tumpu untuk membuat muruku, athirasam dan achi muruku. Walaupun tiga jenis sahaja namun saya rasa bahan-bahannya akan mahal,” kata ibu kepada dua anak itu.

Saguntala berkata ini juga akan membantu mengelakkan pembaziran makanan.

“Setiap tahun akan ada lebihan biskut dan makanan ringan. Kami akan membawanya ke pejabat atau memberi anak-anak untuk berkongsi dengan rakan-rakan mereka di sekolah.

“Menghadkannya bukan sahaja menjimatkan wang tetapi juga mengelakkan pembaziran makanan,” katanya ketika ditemui semasa membeli-belah di Little India, Brickfields.

Dharsani Guna pula berkata dia biasanya membelanjakan sekitar RM200 untuk bahan-bahan untuk membuat biskut dan makanan ringan di rumah.

Malah katanya dia terpaksa membelanjakan hampir dua kali ganda daripada jumlah barangan yang sama.

“Tepung, minyak sapi dan beras sangat mahal. Ini adalah bahan penting untuk membuat biskut dan biskut tradisional tertentu.

“Kami cuba mengurangkan kuantiti dan cuba untuk tidak berbelanja secara berlebihan,” kata guru prasekolah itu.

Untuk sambutan tahun ini, Dharsani berkata semua ahli keluarga mereka memutuskan untuk menyumbang dari segi kewangan bagi meringankan beban, menjadikannya lebih inklusif.

“Dengan setiap ahli keluarga menyumbang, ia mengurangkan bebanan tetapi kita tetap perlu berhemah ketika berbelanja.

“Jadi kami membeli apa yang kami perlukan untuk kuantiti yang berkurangan,” katanya.

Walaupun inflasi Malaysia dilaporkan menurun kepada 1.9% pada September, kos sara hidup yang tinggi disebabkan oleh inflasi import barangan seperti makanan, prestasi ringgit yang lemah dan konflik di Timur Tengah serta Ukraine membebankan penduduk tempatan di sini.

Minggu lalu, Persatuan Hindu Pulau Pinang melaporkan lonjakan harga barangan keperluan menjelang Deepavali.

Membandingkan harga barangan keperluan antara November tahun lalu dan November tahun ini, presiden persatuan itu P. Murugiah berkata ia menunjukkan peningkatan yang ketara. – 9 November, 2023.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen