Rakyat Malaysia terbang sejauh 9,000km bantu calon Labis Pakatan


The Malaysian Insight

SUDAH 30 tahun Shireen Lee tinggal di New Zealand, dan walaupun sudah lama menetap di sana, beliau akan pulang ke Malaysia untuk menjadi sukarelawan bagi calon DAP di Labis, Pang Hok Liong.

Kata Lee, beliau bimbang terhadap kerusi parlimen Labis di Johor selepas membaca berita mengatakan Pakatan Harapan (PH) mempunyai masalah mencari calon bagi kerusi itu, yang disandang oleh timbalan menteri sementara Chua Tee yong dari MCA.

“Apabila saya dengar yang calon sebelum ini (Labis), Dr Boo Cheng Hau memburukkan parti, saya menelefon beliau dan minta hentikannya. Kalau beliau tak boleh bantu, beliau tak sepatutnya memburukkan lagi keadaan,” kata Lee.

Boo, wakil rakyat Skudai, tidak bersetuju dengan rancangan DAP untuk meletakkan Pak di Labis dan dan menggugurkan beliau sebagai calon.

Apabila bekas ketua DAP Pak Hok Liong dilantik sebagai calon Labis, Lee berkata sesuatu harus dilakukan.

Akauntan itu segera mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia dengan perbelanjaan sendiri untuk menjadi sukarelawan.

“Sebelum ini saya yak kenal Pang, tetapi saya tahu saya perlu bantu kerana kali ini PH mesti menang,” kata ibu beranak satu itu.

Pang, yang sebelum ini menjadi wakil rakyat Bekok dari 1990 hingga 1995, akan berdepan Chua dan calon PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Pada pilhan raya lepas, Chua menang dengan majoriti 353 undi. Labis hanya mempunyai 40,194 pengundi - Melayu (38%), Cina (45%) dan India (14.5%).

Dilahirkan di Pulau Pinang, Lee yang akan mengundi di Bentong, terbang kegeri kelahirannya dan menaiki bas ke Labis. Ini kali pertama beliau menjejakkan kaki ke Labis.

Lee tahu apa yang dilakukan ini tidak memberi faedah kepada dirinya memandangkan beliau adalah penduduk tetap New Zealand, namun berharap tindakannya ini akan dapat membantu rakyat Malaysia.

Politik bukanlah asing bagi Lee. Anak lelakinya yang berusia 26 tahun adalah penasihat dasar kepada seorang menteri di New Zealand, malah beliau sendiri pernah menjadi sukarelawan semasa kempen pilihan raya Ahli Parlimen ACT Rodney Hyde (1996-2011).

Walaupun telah menetap di New Zealand sejak 1988, Lee sentiasa mengikuti perkembangan di Malaysia melalui berita dalam talian.

Graduan sains komputer dan perakaunan itu berkata kerajaan Barisan Nasional “sangat korup” dan rakyat Malaysia mesti mengundi untuk perubahan.

“Kawan-kawan di New Zealand kata saya patut biarkan rakyat Malaysia hadapi kesan dari pilihan mereka, tetapi saya tak boleh melihat saja.”

Lee gembira melakukan tugas-tugas mudah untuk Pang, seperti menganjurkan jadual kempen calon DAP itu.

“Saya akan berhenti pada 8 Mei untuk balik mengundi di Bentong, dan berharap Malaysia akan muncul sebagai Malaysia yang baru.” – 2 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen