Adakah angin perubahan bertiup di Johor?


The Malaysian Insight

IBRAHIM yang berusia 85 tahun berhijrah ke Malaya dar India setahun selepas Merdeka. Beliau datang untuk membantu bapanya di sebuah kedai runcit di Jalan Maharani, Muar.

Kedai itu menjual akhbar, majalah, rokok dan barangan seperti minuman ringan dan barangan runcit lain, yang dimulakan bapanya pada 1918.

Beliau dan keluarganya sentiasa menyokong Barisan Nasional kerana pakatan itu berkredibiliti dan dasarnya membawa kepada kestabilan.

Namun Ibrahim tidak pasti sama ada akan menyokong BN pada Pilihan Raya Umum ke 14 walaupun mengakui suka kepada calon seperti Razali Ibrahim.

Katanya isu seperti GST dan dakwaan rasuah kepada kerajaan menyebabkannya berfikir dua kali untuk memberi sokongan.

“Perniagaan saya terjejas kerana GST. Rakyat kini hidup kurang wang dan mereka terpaksa fikir dua kali untuk membeli apa-apa barangan malah ada surat khabar, beberapa majalah menghentikan penerbitan. Penjualan surat khabar juga terjejas oleh kredibiliti kerajaan,” tambahnya.

Katanya, ada dalam kalangan pelanggannya berhenti membeli akhbar kerana mereka tidak lagi mempercayainya.

Pakatan Harapan percaya bahawa perlahan dan pasti, sokongan kepada pembangkang semakin kuat.

Dari awal lagi pembangkang sudah mengenal pasti Johor sebagai medan pertempuran barisan hadapan, yang dipengaruhi demografik serta kos sara hidup.

Reaksi kuat masyarakat Cina kepada Pakatan

Di pusat pengundi Bersatu di Pagoh, ramai sukarelawan Cina menunggu giliran mereka untuk menyertai latihan PACA.

Salah seorang kakitangan Muhyiddin Yassin dari Bersatu memberitahu Malaysia Decides bahawa ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Saya telah mengikut kempen Tan Sri sudah lama ketika dalam BN lagi tetapi kami tidak pernah lihat begitu ramai sukarelawan Cina sebelum ini,” katanya.

Sokongan yang diterima Pakatan Harapan di Johor disedari oleh Muhyiddin yang sudah tujuh kali bertanding di kerusi Pagoh sejak 40 tahun lalu.

“Ianya sama di mana sahaja kami pergi sama ada di ceramah atau walkabout. Rakyat terutamanya masyarakat Cina, keluar dan mengalu-alukan kami dan menyatakan sokongan mereka kepada kami.

“Sepanjang saya berkempen dengan MCA, pengundi Cia jarang keluar untuk mengalu-alukan kami ketika kami ke kopitiam atau warung,” kata bekas timbalan perdana menteri yang berusia 70 tahun itu.

Katanya, suasana ini sama ketika beliau berucap pada ceramah kelompok di kubu kuat Umno di Parit Nawi pada Isnin.

Beliau berkata, ketika ceramah rakyat akan bersorak setiap kami beliau bercakap tentang memansuhkan GST dan Dr Mahathir Mohamad akan menjadi perdana menteri sekai lagi jika Pakatan menang.

Kajian Inisiatif Dasar Pusat Invoke, yang disiarkan pada Isnin menyebut, sokongan oengundi Melayu kepada BN jatuh kepada 18% daripada 41% pada Disember.

Pengasas Invoke Rafizi Ramli berkata, kajian itu dijalankan bermula 12 hingga 23 April.

Ketua DAP Johor Liew Chin Tong berkata beliau dapat merasakan “angin perubahan”, selepas empat hari berkempen.

Liew yang bertanding menentang timbalan presiden MCA di Ayer Hitam berkata, jumlah kehadiran pada ceramah yang diadakan sangat baik setakat ini.

“Hampir 5,000 orang hadir pada ceramah di Segamat malam tadi. Walaupun kebanyakannya bukan Melayu, namun masyarakat Melayu yang hadir dilihat lebih ramai berbanding tahun sebelum ini,” katanya.

Situasi masih lancar, kata penganalisis Umno

Namun penganalisis Umno, Bait Al-Amanah berkata suasana masih lagi lancar di Johor.

Katanya dalam tempoh empat hari berkempen menunjukkan kecenderungan pengundi untuk beralih arah adalah jauh daripada jangkaan parti.

“Perkara seperti khidmat dan rekod penyandang dan semua janji kempen akan dinilai dan diteliti untuk kedua-dua pihak,” kata Bait Al-Amanah dalam satu kenyataan kepada Malaysia Decides.

Penganalisis itu berkata kekuatan dan kohesif jentera parti sentiasa penanda aras dalam mana-mana pilihan raya dan di sinilah BN mempunyai kelebihan.

Jentera ini amat penting untuk membawa penyokongnya ke pusat mengundi. – 2 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen