Zahid janji rumah, kampung baru di Kuala Langat jika BN menang


The Malaysian Insight

TIMBALAN perdana menteri sementara Ahmad Zahid Hamidi menjanjikan lebih banyak pembangunan di Kuala Langat jika Barisan Nasional (BN) menang.

Dan beliau akan melakukannya dalam tempoh 120 hari, dengan rumah baru dan flat kos rendah untuk pengundi di sana yang kini tinggal di kawasan setinggan.

“Sekiranya Kuala Langat menang. Saya akan berjumpa dengan perdana mMenteri dan saya yakin beliau akan meluluskan apa sahaja pembangunan di sini.

“Saya berjanji, jika kita menang, saya akan kembali ke sini dalam masa 120 hari selepas pilihan raya. Saya sendiri akan memastikan flat kos rendah dibina di sini,” kata Zahid pada satu majlis di Kuala Langat hari ini.

Beliau berada di sana berkempen untuk calon kali pertama Umno, Sharil Hamdan, yang bertanding di kerusi itu.

Zahid merujuk kepada beberapa bahagian tanah yang belum dibangunkan di sekitar Pulau Carey di mana banyak kawasannya, terutama Orang Asli dan India, tidak mempunyai rumah yang sempurna.

Pemangku timbalan presiden Umno itu juga berkata beliau akan membangunkan sebuah perkampungan India di Kuala Langat bagi kaum India yang berpindah dari ladang-ladang yang sedang dibangunkan.

Beliau berkata akan berbincang dengan Sime Darby, untuk memperuntukkan tanah bagi perkampungan India untuk penduduk yang terjejas akibat pembangunan estet.

“Banyak ladang sedang dibangunkan untuk membina rumah dan perbandaran. Saya akan berbincang dengan Sime Darby mengenai penempatan orang India di sini.

“Saya akan kembali dalam masa 120 hari untuk memastikan ini dilakukan,” katanya. – 1 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen