PENGERUSI Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berkata berkata beliau tidak pernah menikmati sokongan kuat masyarakat Cina sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri berbanding sekarang, katanya kepada sebuah akhbar berbahasa Cina Singapura dalam satu sesi temu bual.
“Mereka turut melaungkan ‘Hidup Tun’ dalam bahasa Cina. Mereka mahu berjabat tangan,” kata calon perdana menteri pakatan pembangkang itu kepada Shin Min Daily.
Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada 2003 dan kembali menyertai politik, membentuk parti Bersatu tahun lalu untuk menentang perdana menteri sementara Najib Razak yang didakwa terbabit dengan rasuah dan salah urus ekonomi.
Sementara pengundi Cina menyatakan sokongan padu mereka kepada pembangkang pada dua pilihan raya sebelum ini, terdapat perkara yang membimbangkan Dr Mahathir berikutan keputusan kontroversi ketika memegang jawatan sebagai perdana menteri. Ini termasuk pendiriannya terhadap kumpulan aktivis pendidikan Cina, Operasi Lalang pada 1988 dan dasar yang mengutamakan Bumiputera dalam perniagaan serta pengajian tinggi.
Dr Mahathir turut memberitahu akhbar berkenaan bahawa PH akan memenangi dua pertiga majoriti pada Pilihan Raya Umum ke 14, dengan syarat tiada gerrymandering dan masalah dengan daftar pemilih. Pilihan raya kali ini akan berlangsung di bawah persempadanan semula yang menurut pengkritik ia memberi kelebihan kepada pakatan pemerintah Barisan Nasional.
Beliau turut merayu kepada rakyat Malaysian yang bekerja dan tinggal di Singapura untuk pulang mengundi pada 9 Mei depan. – 1 Mei, 2018.
Komen