BARISAN Nasional (BN) terpaksa mengekalkan Joseph Pairin Kitingan di kerusi DUN Tambunan untuk membantu menaikkan peluang kemenangan gabungan itu di kawasan pedalaman, kata Musa Aman.
Pengerusi BN Sabah itu berkata beliau meminta Najib Razak memujuk Pairin, yang mahu bersara untuk bertanding.
“Penyertaan Pairin dalam pilihan raya ini akan membantu BN di bahagian pedalaman.
“Pada mulanya pemimpin PBS itu menyatakan niatnya untuk bersara daripada politik tetapi selepas perbincangan, beliau bersetuju untuk bertanding lagi,” katanya sesi bertemu rakyat di Pisompuruan Square, Tambunan.
Kira-kira 3,000 orang menghadiri program yang turut menyaksikan Musa menyerahkan hak milik tanah orang asal dan hak milik komunal kepada beberapa penduduk kampung daerah pedalaman.
Ketua Perhubungan Umno Sabah juga merasmikan bulan Pesta Kaamatan, yang sebahagian besarnya kira-kira 1,000 orang terdiri daripada etnik KadazanDusunMurut dan Rungus. – 1 Mei, 2018.
Komen