Dr Mahathir kata beliau tak perlu ke hospital untuk raih undi 


The Malaysian Insight

DR Mahathir Mohamad menempelak dakwaan Ahmad Zahid Hamidi bahawa bekas perdana menteri itu akan membuatkan dirinya masuk hospital untuk dapatkan undi simpati.

Pemimpin Pakatan Harapan itu berkata beliau tidak perlu berbuat demikian untuk meraih undi.

“Saya tidak perlu ke hospital untuk dapatkan undi simpati. Saya boleh dapatkan sokongan tanpa pergi ke hospital,” kata Dr Mahathir selepas kempen jelajah ke Dengkil.

Timbalan perdana menteri sementara itu membuat kenyataan berkenaan ketika berkempen di kawasannya.

Ahmad Zahid berkata pengerusi Bersatu itu, akan gunakan taktik ini berdasarkan dakwaannya baru-baru ini yang pesawatnya disabotaj.

“Beliau mahu dapatkan simpati sebelum hari penamaan calon, dan mendakwa insiden itu adalah cubaan untuk menghalangnya bertanding di kerusi Parlimen Langkawi,” katanya. – 1 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen