Mungkinkah SPR ingin bantu Pakatan menang PRU14?


The Malaysian Insight

DENGAN sikap berat sebelah, agensi yang ditugaskan agar bersikap adil dan saksama dalam menjalankan proses pilihan raya mungkin menyebabkan lebih ramai rakyat Malaysia cenderung ke arah pembangkang susulan peraturan baru yang dikeluarkan sebelum permulaan tempoh kempen.

SPR mengatakan pada hari penamaan calon pada Sabtu lepas yang ia hanya membenarkan bahan kempen dengan wajah calon kerusi dan presiden serta timbalan presiden parti calon sahaja.

Memandangkan pembangkang menggunakan logo parti PKR pada PRU14, langkah ini berkesan untuk menghalang gambar calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad atau imej ikon Anwar Ibrahim.

Berpegang kepada kata-katanya, SPR bertindak memotong gambar dua pemimpin ini daripada sepanduk dan papan iklan, seperti yang berlaku di Ayer Hitam, Johor dan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, SPR berdiam diri pula terhadap papan iklan di Yong Peng, di kerusi Ayer Hitam, yang memaparkan Presiden MCA Liow Tiong Lai dengan Presiden China Xi Jinping, yang bukanlah seorang calon atau warga Malaysia.

Terdapat papan iklan lain yang memaparkan jutawan Ali Baba, Jack Ma dengan Presiden Barisan Nasional dan Perdana Menteri Najib Razak.

Sejak bila warga asing menikmati lebih banyak hak daripada dua pemimpin negara yang pernah berkhidmat untuk negara dengan cemerlang?

SPR dikecam bagi gerimander dan salah pembahagian dalam amalan untuk persempadanan semula yang akan digunakan dalam pilihan raya ini.

Dengan sikap berat sebelah, bolehkah orang ramai dipersalahkan kerana memikirkan SPR menyokong pihak tertentu dan berminat hanya untuk menjaga kepentingan BN?

Kecuali, mungkin SPR juga mahu berubah dan tahu tiada cara lain selain menukar kerajaan baru. – 1 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen