4 maut, puluhan cedera dalam nahas jalan raya di Punjab


SEKURANG-kurangnya empat penumpang terbunuh manakala puluhan yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan kereta di wilayah Punjab timur Pakistan, lapor Xinhua.

Menurut polis tempatan, insiden berlaku di Lebuh Raya Indus di daerah Dera Ghazi Khan pada Isnin.

Van berkenaan dikatakan dipandu laju sebelum bertembung dengan sebuah kereta menyebabkan tiga orang terbunuh di tempat kejadian.

Seorang mangsa yang cedera disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. – Bernama, 1 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen