Parti kecil di Sarawak hadapi laluan sukar pada PRU14


The Malaysian Insight

SERING dituduh sebagai pengacau, segelintir parti politik kecil di Sarawak menyedari kesukaran yang dihadapi mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Selain kekangan kewangan dan cabaran logistik di kawasan pedalaman di mana jalan raya kebanyakannya tidak wujud, mereka berdepan dua pakatan besar - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Suasana politik di Sarawak, lebih 40 sub-kumpulan etnik dan kaum, memiliki tradisi belot daripada parti kepada parti lain dan parti serpihan, masing-masing berbalah untuk mewakili pelbagai komuniti.

Parti yang tidak dikenali, Sarawak Peace Party mempertaruhkan dua calon wanita di kerusi Parlimen Sibu dan Lanang di tengah Sarawak, berdepan tuduhan yang mereka sedang dalam usaha memecahkan undi.

Parti itu memilih Priscilla Lau di Lanang dan Jamie Tiew di Sibu.

Lau akan bertempur tiga penjuru dengan penyandang DAP, Alice Lau dan Kong Sien Chi daripada BN.

Tiew akan bertanding empat penjuru melawan Andrew Wong daripada BN, penyandang kerusi Oscar Lin daripada DAP dan State Reformorm Party’s (Star) Tiong Ing Tung.

Lanang dan Sibu adalah kerusi utama majoriti Cina dengan parti komponen BN, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) memberi keutama untuk merampasnya semula.

Lau dan Tiew terpaksa menafikan segala tuduhan yang dilemparkan kepada mereka semasa berkempen.

Parti Negara Dayak Sarawak Baru (PBDSB), yang sebelum hari penamaan calon menyatakan mereka akan bertanding “sehingga 10” kerusi persekutuan, terpaksa berpuas hati hanya dengan satu kerusi sahaja selepas menerima tekanan daripada PH agar tidak meletakkan mana-mana calon dalam pilihan raya.

Bagaimanapun, PBDSB, yang memberi tumpuan kepada masyarakat Dayak negeri, tidak mengalah dengan tekanan PH bagi kerusi Sri Aman yang dianggapnya kawasan penting kaum Dayak.

Calon PBDSB bagi Sri Aman, presiden parti Cobbold John, akan bertanding menentang Norina Umoi Utot daripada PKR, selain penyandang BN daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), Masir Kujat.

Kerusi persekutuan ini mempunyai 33,016 pengundi di mana 76% adalah suku etnik Iban.

Parti berkecuali lain di Sarawak yang bertanding dalam pilihan raya kali ini adalah Star yang bertanding dalam lima kerusi iaitu Puncak Borneo, Lubok Antu, Betong, Bintulu dan Sibu; dan Parti Buni Kenylang (PBK) yang meletakkan hanya satu calon, Pengerusi DAP Sarikei, Wong Ching Raja bagi kerusi Sarikei. – 1 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen