PAS mendakwa keputusan saman presidennya terhadap Sarawak Report yang dikeluarkan oleh mahkamah United Kingdom adalah “kemenangan moral” bagi parti itu.
Keputusan pada 30 April itu, yang disebut peguam menyebelahi Presiden PAS Abdul Hadi Awang, selepas parti itu melalui getir berdepan lawannya iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Keputusan ini kemenangan moral untuk kami,” Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberitahu wartawan di Marang, Terengganu yang merupakan kerusi parlimen Hadi hari ini.
“Kami telah buktikan 70% daripada saman terhadap Sarawak Report,” kata Samsuri mengenai kepentigan keputusan mahkamah itu bagi membatalkan kenyataan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dalam saman tersebut.
Mahkamah memerintahkan Rewcastle-Brown membayar Hadi £41,400 (RM228,000) selepas Hadi menang kesemua lima permohonan interlokutori.
Hadi memfailkan saman terhadap Sarawak Report di Mahkamah Tinggi London pada 21 April tahun lalu berkaitan satu artikel yang disiarkan pada Ogos 2016 yang mendakwa beliau menerima RM90 juta dari Umno sebagai pertukaran kepada sokongan terhadap parti itu.
Bagaimanapun, Hadi hanya memenangi permohonan awal, dan mahkamah telah menetapkan tarikh sementara bagi perbicaraan penuh selama 10 hari pada April 2019. – 1 Mei, 2018.
Komen