Streram sengaja dihalang bertanding, kata Rafizi


The Malaysian Insight

CALON PKR bagi kerusi DUN Rantau, Dr Streram sengaja dihalang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Bernama melaporkan Rafizi dipetik sebagai berkata kemenangan tanpa bertanding menteri besar sementara Negeri Sembilan, Mohamad Hassan adalah melalui rampasan hak Streram untuk bertanding, dan bukannya mandat yang diberi rakyat.

Rafizi juga berkata pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri sudahpun membri arahan kepada pegawai pengurus pilihan raya supaya Streram dibenarkan masuk ke dalam pusat penamaan calon meskipun calon PKR itu tidak mempunyai pas perakuan SPR.

“Dia dah bayar deposit pun dan saya dapat panggilan daripada (Pengerusi PKR negeri) Aminuddin (Harun) bahawa Streram tidak dibenarkan masuk kerana tiada pas. Sampai pukul 9.45 pagi, Streram masih tidak dibenarkan masuk dan saya minta dia rempuh saja (sekatan polis),” Rafizi dipetik berkata demikian pada ceramah di Ampangan, Seremban semalam.

Mohamad, penyandang kerusi DUN Rantau diumumkan menang tanpa bertanding selepas Streram gagal menyerahkan borang penamaan calon kerana gagal membawa pas untuk masuk ke pusat penamaan pada Sabtu lalu. – 1 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen