TYT Melaka sokong Liow di Bentong


The Malaysian Insight

PRESIDEN MCA Liow Tiong Lai mendapat sokongan dari Tuan Yang DiPertua  (TYT) Negeri Melaka, mOhd Khalil Yaakob dalam usahanya mempertahankan kerusi parlimen Bentong.

The Star melaporkan Khalil singgah di majlis Liow untuk memberi sokongan dan memberitahu hadirin bahawa Liow seorang “yang amat berkebolehan”.

“Saya ke sini untuk bertanya khabar dan beri beliau restu,” Mohd Khalil, yang juga bekas menteri besar Pahang dipetik berkata.

Liow akan cuba mempertahankan kerusi yang dipegang beliau sejak 1999. Pada pilihan raya 2013, beliau menang tipis ke atas Wong Tack dari DAP dengan hanya 379 undi.

Menteri pengangkutan sementara itu berkata MCA tetap bersatu meskipun tujuh ahlinya memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas pada PRU14. Mereka adalah antara 12 ahli yang dipecat pada Sabtu lalu selepas penamaan calon.

“MCA ada lebih daripada sejuta ahli. Mereka adalah ahli yang sudah hilang arah dan kami perlu ambil tindakan.

“Tetapi secara keseluruhan, parti kini lebih bersatu berbanding sebelum ini,” kata Liow. – 1 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen