Tentera Korea Selatan tahan 4 rakyat Korea Utara


Pada Mei tentera Korea Selatan menahan sekumpulan rakyat Korea Utara di Laut Kuning. – Gambar AFP, 24 Oktober, 2023.

TENTERA Korea Selatan mengesan dan menahan bot yang dinaiki empat rakyat Korea Utara yang disyaki cuba berpaling tadah, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Yonhap pada Selasa.

Menurut laporan nelayan tempatan memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai kehadiran bot “yang mencurigakan” itu pada 7.10 pagi waktu tempatan (2210 GMT).

“Saya difahamkan empat orang dari Korea Utara menyatakan hasrat untuk berpaling tadah di kawasan Sokcho,” menurut sumber kerajaan.

Pada masa yang sama seorang pegawai dari Kementerian Penyatuan berkata motif sebenar mereka akan diketahui selepas siasatan yang dijalankan.

Kejadian itu adalah percubaan pertama warga Korea Utara menyeberang ke Korea Selatan melalui Laut Jepun sejak November 2019, menurut agensi berita itu.

Pada Mei tentera Korea Selatan menahan sekumpulan rakyat Korea Utara di Laut Kuning. – Bernama, 24 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen