Pakatan akan isytihar 10% royalti minyak Sarawak dividen tunai petroleum


The Malaysian Insight

PAKATAN Harapan (PH) hari ini berjanji mengisytiharkan 10% royalti minyak dan gas Sarawak sebagai dividen tunai petroleum jika ia membentuk kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum akan datang.

“Ini akan menjadikan setiap penduduk Sarawak perasaan memiliki sumber semula jadi mereka,” kata Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen hari ini.

“Orang ramai boleh berkata: Saya mempunyai bahagian dalam hasil (minyak dan gas negeri).”

Chong berkata dasar ini akan dilaksanakan dalam tempoh satu tahun selepas PH mengambil alih pentadbiran.

Manifesto PH untuk Sabah dan Sarawak menjanjikan, antara lain, memberi dua wilayah Borneo 20% royalti minyak dan gas - sehingga 15% berbanding 5% yang diperoleh daripada kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) sekarang.

Chong, ahli Parlimen Bandar Kuching selama empat penggal yang akan bertanding di kerusi bandar Stampin dalam pilihan raya umum ini, berkata sementara cara bagaimana wang itu akan diagihkan di kalangan tiga juta rakyat negeri ini masih diusahakan, satu daripada cadangan itu adalah dengan memberikan wang tunai terus kepada kumpulan sasaran.

“Ia boleh dikatakan sebagai BR1M Sarawak, bayangkan berapa banyak yang akan diperoleh penduduk Sarawak, termasuk bayi, jika 10%, katakan RM600 juta.”

Cadangan lain menyaksikan separuh daripada dividen disalurkan kepada dana negeri yang dicadangkan sebagaimana dipunyai Norway.

Chong juga berkata kerajaan persekutuan PH tidak akan menyokong projek empangan mega kerajaan negeri yang dipimpin oleh BN dan tidak akan meluluskan dapatan persekutuan untuk pembinaannya.

Jaminan khas lain yang dibuat pada hari ini ialah:

- peruntukan persekutuan sebanyak RM1 bilion untuk pembaikan dan menaik taraf sekolah luar bandar yang usang dan penyediaan kemudahan serta penambahan kakitangan.

- memperkenalkan sistem sokongan harga yang stabil bagi petani komoditi terutama petani getah mentah dan lada.

- perkhidmatan bas awam bersubsidi di semua bandar utama.

- mempercepatkan proses pendaftaran kad pengenalan dan permohonan sijil kelahiran serta membetulkan kesilapan nama, alamat dan agama di MyKad

- semua agama di Sarawak mempunyai akses saksama kepada pembangunan sejajar dengan Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

- mempunyai pilihan tenaga solar, mikro hidro dan biogas untuk komuniti luar bandar yang tidak mempunyai akses kepada elektrik. – 30 April, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen