Kumpulan ke-2 konvoi bantuan tiba di Gaza


Kumpulan pertama konvoi bantuan masuk ke Gaza pada Sabtu menjadikan jumlah trak bantuan yang tiba di Gaza kepada 34 setakat ini. – Gambar AFP, 23 Oktober, 2023.

KUMPULAN kedua konvoi bantuan membabitkan 14 trak dengan muatan peralatan perubatan, makanan dan air masuk ke Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah pada malam semalam.

Kumpulan pertama masuk ke Gaza pada Sabtu menjadikan jumlah trak bantuan yang tiba di Gaza kepada 34 setakat ini, menurut Agensi Perita Palestin (WAFA).

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza sekurang-kurangnya 4,651 rakyat Palestin termasuk 1,903 kanak-kanak dan 1,024 wanita terbunuh manakala 14,245 lagi cedera sejak pertempuran terkini meletus pada 7 Oktober. – Bernama, 23 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen