Calon Pakatan di Titiwangsa sasar isu pendidikan, kesihatan


The Malaysian Insight

DI tengah-tengah perpecahan politik dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Malaysia Decides memfokuskan apa yang diperjuangkan oleh calon Parlimen dan apakah masalah negara yang paling mendesak bagi mereka. Kami bertanyakan lima soalan mengenai peranan mereka sebagai ahli Parlimen sekiranya dipilih.

Calon Pakatan Harapan (PH), Rina Mohd Harun bertanding bagi kerusi Parlimen Titiwangsa. Ketua Wanita Bersatu berumur 45 tahun itu akan menentang Johari Abdul Ghani daripada Barisan Nasional (BN), yang merupakan menteri kewangan kedua sementara.

Johari memegang kerusi itu selama satu penggal, merampasnya daripada PAS yang memenangi kerusi tradisional BN buat kali pertama pada 2008. PRU14 akan menyaksikan pertarungan tiga penjuru di antara Rina, Johari dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohamad Noor Mohamad.

Isu melingkari Titiwangsa mengenai tanah warisan tanah rizab Melayu dan penempatan penduduk India akan menjadi satu daripada faktor penentu utama bagi memenangi kerusi itu.

S: Apa yang akan kamu perjuangkan di Parlimen?

RINA: Saya akan membawa lebih banyak suara dan isu wanita ke Parlimen. Wanita adalah tulang belakang negara.

S:  Apakah tiga masalah utama yang melanda negara?

RINA: Pendidikan, kesihatan dan kos sara hidup.

S: Apakah penyelesaiannya?

RINA: Peruntukan untuk pendidikan dan kesihatan tidak boleh dipotong. Kanak-kanak memerlukan pendidikan untuk berjaya pada masa akan datang.

Bagi Titwangsa, saya mahu ia menjadi tempat unik dengan bandar yang sejahtera untuk penduduknya.

S: Mengikut pandangan saudara, bagaimana keadaan negara kita pada masa ini?

RINA: Baru-baru ini, saya pergi ke sebuah sekolah di Taman Maluri. Ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru memberitahu saya kerusi rosak dan sekolah tidak mempunyai dana menggantikannya. Jadi mereka terpaksa membaiki kerusi itu sendiri.

Sementara itu, orang ramai pergi ke hospital tetapi mendapati tidak ada ubat yang mencukupi.

S: Kenapa pengundi perlu memilih anda?

RINA: Kerana saya mewakili PH dan kami membawa harapan dan keadilan kepada rakyat. Itulah sebabnya kami menggunakan logo PKR (keadilan) dalam pilihan raya ini. – 30 April, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen