Wee pertahan papan tanda Xi Jinping 


The Malaysian Insight

TIMBALAN presiden MCA Wee Ka Siong mempertahankan tindakan parti itu menggunakan warga asing pada papan tanda untuk menggambarkan ikatan rapat perdagangan dan politik dengan China, lapor The Straits Times.

Papan tanda di kawasan Parlimen Ayer Hitam, Johor memaparkan presiden MCA Liow Tiong Lai bersama Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Najib Razak dengan Jack Ma.

Suruhajaya Pilihan Raya semalam menurunkan papan tanda memaparkan Najib dan isterinya Rosmah Mansor, yang tertulis: Undi kepada Wee Ka Siong adalah undi kepada Najib dan Rosmah.

“Kita tidak terlalu merendah,” kata Dr Wee, yang kini mencari penggal keempat, menabah bahawa pembangkang “menyebarkan karakter fitnah dan berniat dan berniat jahat”.

Katanya, kandungan BN tidak mempunyai mesej negatif tetapi hanya mempromosikan kejayaan yang dicapai, dan menambah pembangkang juga boleh lakukan perkara yang sama.

Ketika menurunkan papan tanda berkenaan, SPR menyebut panduan yang mengehadkan imej kempen hanya kepada kawasan calon dan juga ketua dan timbalan ketua parti yang berdaftar.

Papan tanda DAP turut menjadi mangsa vandalisme apabila ia disembur cat selepas 24 jam ia dinaikkan, lapor The Straits Times.

“Saya ada banyak lagi poster sedemikian, tanpa muka Rosmah, yang akan dinaikkan di kawasan ini,” kata calon DAP Ayer Hitam Liew Chin Tong.

Liew turut menyelar sikap tidak adil pihak berkenaan: “Mengapa papan tanda BN ada gambar Xi Jinping? Beliau bukan calon.”

“Ini tak masuk akal,” katanya kepada The Strait Times. “Saya akan naikkan lebih banyak sepanduk. Mereka tidak boleh buang semuanya.” – 30 April, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen