Pemegang saham majoriti MyAirline ditahan, kata polis


Kalidevi Mogan Kumarappa

Pengasas bersama dan pemegang saham majoriti MYAirline Sdn Bhd ditahan polis malam tadi bersama dua ahli keluarganya, kata laporan.

PENGASAS bersama dan pemegang saham syarikat penerbangan tambang rendah, anak dan isterinya yang ditahan selepas disyaki terbabit kes pengubahan wang haram direman selama empat hari sehingga Sabtu ini.

Ketiga-tiga suspek tiba di banggunan Menara KPJ, Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur pada jam 12.18 tengah hari untuk siasatan lanjut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf berkata keputusan tersebut diperoleh selepas permohonan reman dibuat di Lokap Berpusat Jinjang pada jam 10 pagi tadi.

“Suspek direman selama empat hari (bermula hari ini),” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.

Media melaporkan seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ ditahan bersama isteri serta anak lelakinya selepas disyaki terbabit kes pengubahan wang haram semalam.

Ramli dilaporkan berkata, ketiga-tiga individu yang ditahan berusia berusia 26 tahun hingga 57 tahun.

Katanya penahanan itu bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Tangkapan dilakukan kira-kira pukul 5.30 petang di Shah Alam, Selangor. – 18 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen