Dr Mahathir mahu pastikan Umno mati sebelumnya, kata Tajudin


The Malaysian Insight

SATU klip video dan rakaman audio tersebar yang memaparkan Tajudin Ramli, yang rapat dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau mahu menjauhkan Umno.

“Sebelum beliau mati, beliau mahu memastikan Umno mati,” katanya dalam rakaman video dan audio berdurasi 8 minit 30 saat yang dipercayai dirakam secara sembunyi. 

Ia dimuat naik menerusi satu laman Facebook milik Lim Sian See. 

“Beliau tidak pernah memaafkan Umno kerana kekalahannya pada 1969. Kini beliau mahu selamatkan Malaysia, tetapi kita yang perlu selamatkan Malaysia  dari Mahathir.”

Tidak dapat dipastikan bila rakaman itu dibuat, namun ia menunjukkan Tajudin, yang merupakan bekas pemilik Celcom dan Malaysia Airlines sedang berbual dengan seseorang di satu lokasi yang kelihatan seperti kedai kopi. 

Tokoh korporat, yang pernah mendapat keutamaan daripada pentadbiran Dr Mahathir, turut mengkritik bekas perdana menteri itu kerana gagal membawa kemajuan sebenar kepada Langkawi. Ia kini hanya menjadi salah sebuah perkampungan nelayan. 

“Beliau menjadikan Langkawi pulau bebas cukai, tetapi tidak pernah memberi keuntungan kepada rakyat Langkawi,” katanya. 

Malah rakaman tersebut turut memaparkan beliau bercakap mengenai Malaysia Airlines yang pernah beliau terajui sebagai ketua pegawai eksekutif dari 1994-2001, Tun Daim dan Ananda Krishna. – 29 April, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen