Menteri digesa ambil serius isu diskriminasi pekerja OKU


Ravin Palanisamy

Rangkaian Solidariti Demokratik Pesakit Mental kritik kenyataan Menteri Sumber Manusia V Sivakumar bahawa isu diskriminasi terhadap OKU di tempat kerja tidak memerlukan undang-undang khusus untuk ditangani. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Oktober, 2023.

KENYATAAN Menteri Sumber Manusia V Sivakumar bahawa isu diskriminasi terhadap orang kurang upaya (OKU) di tempat kerja tidak memerlukan undang-undang khusus untuk ditangani dikritik sebuah kumpulan.

Rangkaian Solidariti Demokratik Pesakit Mental (Siuman) berkata kenyataan Sivakumar itu seolah-olah menteri itu tidak cakna mengenai status individu OKU di negara ini dan kurangnya perlindungan bagi golongan itu.

“Dalam jawapannya di Parlimen dan sidang media selepas itu, menteri berkenaan menyatakan hanya lapan kes diskriminasi yang dilaporkan dan tiada satu pun membabitkan pekerja kurang upaya.

“Jawapan itu gagal untuk memahami jurang perlindungan sedia ada dalam Akta Pekerja di mana diskriminasi tidak ditakrifkan, dan perlindungan sedia ada adalah sangat terhad kerana tidak meliputi prapekerjaan seperti semasa proses pengambilan pekerja.

“Tanpa perlindungan prapekerjaan, golongan OKU sering mengalami diskiriminasi semasa proses pengambilan pekerja dan ia tidak dilaporkan atau diambil kira,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Siuman berkata Akta OKU 2008 menyatakan keperluan untuk penginapan yang sewajarnya, kebolehcapaian berdasarkan reka bentuk sejagat dan perlindungan diksriminasi bagi memastikan orang kurang upaya menikmati kualiti hidup dan kesejahteraan yang sama rata dengan insan normal. – 17 Oktober, 2023.

Berita penuh di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen