Warisan berkocak selepas tidak turunkan calon 'bintang' KDM


The Malaysian Insight

KEPUTUSAN Warisan untuk tidak menurunkan dua calon ‘bintang’nya di kerusi DUN mencetus kocak dalam kalangan masyarakat KadasanDusun, Murut dan Rungus (KDMR) yang mana undi mereka amat penting bagi memberi kemenangan kepada parti itu di Bahagian Pantai Barat Sabah.

Timbalan Presiden Warisan Darrell Leiking dan Ahli Jawatankuasa Terrence Simbun tidak diletakkan sebagai calon kerusi DUN sehingga mencetus kebimbangan mengenai perwakilan masyarakat dalam kerajaan Sabah sekiranya parti itu berjaya mengambil alih negeri.

Leiking, penyandang penampang, dikatakan akan bertanding di kerusi DUN Inanam tetapi kerusi itu sebaliknya diberikan kepada PKR, manakala Siambun (penyandang Moyog) digugurkan dan diganti calon lain.

“Darrell dilihat sebagai calon KDM paling menonjol dalam Warisan, bukan? Kenapa ketepikan beliau?” soal penganalisis politik, Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah.

Hanya wakil rakyat DUN sahaja yang boleh diberikan jawatan dalam Kabinet negeri.

Cakap-cakap antara masyarakat KDM mengatakan calon-calon pilihan Shafie akan berpihak hanya kepada Bumiputera Islam sahaja.

Sekiranya Warisan menang, Shafie yang sendiri merupakan Bumiputera Islam, perlu memilih seorang daripada naib presiden beliau, Jaujan Sambokong.

Satu-satunya jalan untuk Leiking dan Siambun masuk ke dalam kerajaan negeri ialah dengan Shafie memohon peruntukan dalam Perlembagaan yang membenarkan beliau melantik enam wakil rakyat yang tidak bertanding dalam pilihan raya.

“Tetapi saya tidak pernah dengar Shafie bercakap mengenai kemungkinan ini. Sudah pasti ada (dalam masyarakat KDM) yang akan kecewa,” kata Lee.

Leiking berkata Warisan amat menyedari perkara itu, dan berkata satu rancangan sedang dibuat bagi menangani kebimbangan tersebut. – 29 April, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen