SPR turunkan papan iklan gambar Rosmah diconteng cat merah 


The Malaysian Insight

SEBUAH papan iklan di Yong Peng, Johor yang memaparkan wajah perdana menteri sementara Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor serta calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong diturunkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), selepas ia dimusnahkan pihak tidak bertanggungjawab.

Wajah rosmah diconteng dengan cat merah.

Dalam rakaman video yang tular di media sosial, seorang lelaki memakai baju-t tertera perkataan “Harapan” dilihat memusnahkan papan iklan tersebut.

Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Ayer Hitam Liew Chin Tong mengaku yang pihaknya memasang papan iklan dengan tulisan “Undi Wee Ka Siong = Undi Najib dan Rosmah” itu.

Beliau menuduh SPR mengamalkan dwi-standard sambil mempersoalkan mengapa papan iklan lain tertera gambar Presiden MCA Liow Tong Lai bersalaman dengan Presiden China Xi Jingping tidak diturunkan.

“SPR harus jelaskan mengapa mereka turunkan papan iklan itu, ini tidak adil. Mengapa papan iklan mereka tidak diturunkan?” soalnya.

Liew tegaskan papan iklan yang dinaikkan PH itu tidak memberi kesan negatif kepada Najib dan isternya, malah tidak melanggar undang-undang. – 29 April, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen