Tindakan SPR berhubung calon hilang kelayakan 'tak pernah berlaku', lapor akhbar 


The Malaysian Insight

TINDAKAN Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ‘tidak pernah berlaku sebelum ini’ berhubung dua calon yang hilang kelayakan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14, lapor akhbar Singapura The Straits Times. 

Penyandang kerusi Parlimen Batu Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua, dihalang daripada mempertahankan kerusinya berikutan denda RM2,000 kerana menghina anggota polis - keputusan yang dibuat oleh pegawai pengurus pilihan raya yang bertentangan dengan penghakiman mahkamah yang membenarkan ahli Parlimen selama dua penggal tiu bertending.

Seorang lagi calon PKR, Dr Streram Sinnasamy, gagal menghantar kertas pencalonan selepas dihalang memasuki pusat penamaan bagi kerusi DUN Rantau, kerana beliau tidak memiliki pas yang dikeluarkan oleh SPR. 

Memetik pemerhati politik, akhbar berkenaan berkata, “Kehilangan kelayakan kedua-dua calon itu tida pernah berlaku sebelum ini. Amalan itu juga tidak pernah didengar di mana SPR menafikan penghakiman mahkamah, sedangkan tiada peruntukan undang-undang berhubung keperluan memiliki pas masuk untuk menjadi calon.”

Pegawai pengurus pilihan raya yang menyatakan Chua hilang kelayakan menyebut peruntukan perlembagaan yang menghalang seseorang disabitkan kesalahan daripada bertanding sekiranya seseorang itu dipenjarakan tidak kurang daripada setahun, atau denda tidak kurang daripada RM2,000. 

Bagaimanapun, penghakiman Mahkamah Tinggi ke atas Chia adalah beliau hanya hilang kelayakan sekiranya denda adalah RM2,001 ke atas. 

Sebelum ini, pada 2011, Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia turut memutuskan Chua kekal sebagai ahli Parlimen berhubung kesalahannya sebelum ini yang mana beliau didenda RM2,000. 

Sementara itu dalam kes Streram yang merupakan pakar anestetik itu berkata beliau diberi peluang oleh SPR untuk mendapatkan pas sehari sebelum hari penamaan calon. Beliau cuba mematuhi arahan untuk mendaoatkan pas, tetapi diberitahu untuk datang awal pada hari penamaan calon. 

Bersih 2.0 turut menyelar apa yang berlaku ke atas Streram, yang menyebabkan kemenangan tanpa bertanding calon Barisan Nasional Mohamad Hassan, yang juga merupakan menteri besar sementara Negeri Sembilan. 

“Sebuah pusat penamaan calon memang teerbuka kepada sesiapa sahaja untuk masuk dan menyerahkan kertas pencalonan mereka. Adakah pas itu lebih oenting daripada hak perlembagaan rakyat?” kata Bersih menerusi Twitter. – 29 April, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen