Insentif RM2,000 tanda iktiraf khidmat penjawat awam, kata PM


Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata bayaran insentif kepada perkhidmatan awam ialah isyarat kerajaan memberi perhatian serius terhadap kadar upah 1.6 juta penjawat awam di negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Oktober, 2023.

BAYARAN Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 Jumaat lepas, merupakan pengiktirafan terhadap khidmat penjawat awam sementara menunggu Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) siap, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata insentif itu ialah isyarat kerajaan memberi perhatian serius terhadap kadar upah 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

“Tidak munasabah untuk harapkan prestasi meningkat, produktiviti tinggi, tetapi kadar upah tidak meningkat.

“Kalau kita tengok kajian DOSM (Jabatan Perangkaan), tahap produktiviti ada peningkatan, tetapi kadar upah peningkatannya sederhana. Jadi ia tidak berikan suatu galakan,” katanya pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Oktober di Putrajaya hari ini.

Anwar berharap langkah sama turut dilaksanakan oleh majikan sektor swasta dengan mengambil kira faktor ekonomi semasa. – Bernama, 16 Oktober, 2023.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen