Ketidaksamaan pendapatan masalah utama negara, kata Guan Eng


The Malaysian Insight

DI tengah-tengah kempen politik kedua-dua belah pihak menjelang Pilihan Raya Umum ke-14, Malaysia Decides memberi tumpuan kepada perjuangan calon Parlimen dan apa masalah negara yang dirasakan mereka paling penting. Kami bertanya lima soalan mengenai peranan mereka sebagai penggubal undang-undang persekutuan, jika berjaya terpilih.

Lim Guan Eng (LGE), ketua menteri sementara berusia 57 tahun, mempertahankan kerusi Bagan bagi penggal ketiga. Setiausaha agung DAP itu akan berdepan pertandingan empat penjuru dengan calon daripada Barisan Nasional (MCA), Parti Cinta Malaysia dan Parti Bersatu Malaysia (MUP). Bagan sekian lama menjadi kubu kuat DAP sejak 1986.

S: Apa yang akan kamu perjuangkan di Parlimen?

LGE: Malaysia yang bebas daripada rasuah, penindasan dan ketidakadilan.

S: Apakah tiga masalah negara yang paling utama?

LGE: Pertama, sudah pasti untuk memastikan keadilan pendapatan. Kedua, berjuang untuk kebebasan politik dan hak-hak sivil. Ketiga, menghapuskan rasuah dan kapitalisme kroni yang merompak rakyat yang buta .... berbilion ringgit dicuri.

S: Apakah jalan penyelesaiannya?

LGE: Anda mesti mempunyai kerajaan rakyat, yang membuat keputusan untuk kebaikan rakyat dan bukan untuk kroninya, yang mempunyai pendirian kuat menentang rasuah, dan berjuang demi demokrasi berbanding kleptokrasi.

S: Apakah keadaan negara?

LGE: Saya rasa kita berada dalam keadaan krisis. Di persimpangan jalan. Tiada pilihan lain sekarang untuk anak-anak kita dan masa depan mereka selain berubah selepas 61 tahun. Mereka merompak masa depan kita. Jangan biarkan mereka merompak masa depan anak-anak kita.

S: Kenapa pengundi perlu memilih anda?

LGE: Kami mewakili masa depan. Kami mewakili kemajuan, keadilan, kebebasan dan harapan untuk masa depan yang lebih baik dengan peluang yang saksama untuk semua orang. – 29 April, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen