MCA pecat 7 ahli jadi calon bebas, wakili parti lain


The Malaysian Insight

TUJUH ahli MCA yang bertanding mewakili parti lain dan sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dipecat, lapor Bernama.

Lima ahli lagi turut dipecat kerana menjadi pencadang dan penyokong kepada calon.

Pengerusi lembaga disiplin parti Chor Chee Heung berkata tujuh individu itu adalah Ting Choon Hai dan Lim Yak Hong dari MCA Tebrau, yang bertanding sebagai calon bebas di kerusi DUN Puteri Wangsa; Tee Boon Tsong (MCA Pulai) dan Ng Yak Howe (MCA Bakri), yang bertanding sebagai calon DAP di kerusi DUN Senai dan Bentayan; Chin Kwai Heng dan Chin Kwai Leong (MCA Batu Gajah), yang bertanding sebagai calon Parti Sosialis Malaysia di kerusi DUN Tronoh dan Menglembu; dan ahli MCA Bukit Mertajam, yang bertanding sebagai calon PKR di Kulim.

“Kita dapati 12 anggota ini bersalah dan bercanggah dengan Artikel 122 Perlembagaan  parti. Perbuatan mereka ini menjejaskan imej parti dan seolah-olah sabotaj calon Barisan Nasional (BN) di kawasan mereka bertanding,” katanya di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata keputusan memecat 12 ahli dibuat malam tadi, dengan persetujuan majlis presiden parti itu. – 29 April, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen