Anak perempuan Taib Mahmud teruskan legasi keluarga


The Malaysian Insight

SEORANG lagi anak Gabenor Sarawak Abdul Taib Mahmud berharap dapat meneruskan legasi keluarganya dalam arena politik Sarawak pada pilihan raya umum ini.

Anak perempuan bongsu Taib, Hanifah Hajar akan bertanding di kerusi Parlimen Mukah pada 9 Mei ini.

Wanita berusia 46 tahun itu berdepan calon Pakatan Harapan (PH), Abdul Jalil Bujang (PKR) bagi kerusi kampung halamannya Mukah.

Taib, yang terlibat politik selama lebih lima dekad, adalah bekas ketua menteri Sarawak dari 1981 hingga 2014 apabila beliau meletak jawatan bagi menerima pelantikan sebagai gabenor.

Adik beradik Hanifah yang lain, Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib, tidak lama terlibat politik apabila memenangi kerusi Parlimen Kota Samarahan yang sebelum ini dipegang oleh bapa mereka dengan tiket Barisan Nasional-Parti Pesaka Bumiputera Bersatu pada pilihan raya umum 2008.

Sulaiman, yang dilantik sebagai menteri pelancongan selepas kemenangan itu, meletak jawatan pada tahun berikutnya dan berhenti politik tidak lama kemudian.

Hanifah, graduan dari University of San Francisco, California, dengan ijazah pentadbiran perniagaan, adalah salah daripada 15 muka baru dan enam calon wanita BN yang dipertandingkan dalam PRU14.

Beliau dipilih untuk bertanding di kerusi yang mempunyai bilangan 30,608 pengundi selepas ahli Parlimen lapan penggal dan bekas menteri pelancongan, Muhammad Leo Michael Toyad, berhenti.

Sementara itu, Jalil bukanlah pendatang baru dalam politik pernah bertanding dalam pilihan raya negeri 2011 dan 2016 tetapi kalah kepada Pejabat Ketua Menteri, Talib Zulpilip, bagi kerusi Jepak di Bintulu.

Pada 2014, beliau juga gagal bertanding bagi kerusi DUN majoriti Melanau dalam pilihan raya kecil.

Balingian dan Dalat, adalah dua kerusi DUN di kawasan Parlimen Mukah. – 29 April, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen