Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam membuat rayuan kecemasan sebanyak AS$294 juta untuk menangani “keperluan paling mendesak” di Gaza dan Tebing Barat.
Lebih 400,000 rakyat Palestin meninggalkan rumah mereka sejak beberapa hari kebelakangan ini susulan serangan berterusan ketika konflik Palestin-Israel semakin memuncak.
Dana itu akan digunakan untuk membantu lebih 1.2 juta orang, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) sambil menambah pertempuran baru-baru ini di rantau itu menyebabkan kumpulan bantuan tidak mempunyai sumber yang mencukupi.
Israel melancarkan serangan udara dan meriam ke atas Gaza, kawasan yang berpenduduk padat dengan 2.3 juta orang menyebabkan lebih 1,400 orang terbunuh yang mana kebanyakannya orang awam.
Keperluan kemanusiaan ditambah dengan peningkatan Mei 2023 di Gaza dan kemerosotan keadaan di Tebing Barat menyebabkan organisasi kemanusiaan tanpa sumber yang diperlukan untuk memberi respons secukupnya kepada pelbagai keperluan rakyat Palestin yang terjejas, kata OCHA dalam rayuannya.
PBB sebelum ini menganggarkan mereka memerlukan AS$502 untuk membiayai operasi bagi membantu 2.1 juta rakyat Palestin pada 2023, satu matlamat yang dibiayai kurang daripada 50 peratus.
Sehingga lewat Khamis, jumlah pelarian di Gaza meningkat lebih 84,400 orang untuk mencapai lebih 423,300, menurut angka OCHA.
Selepas serangan Israel ke atas infrastruktur air dan penamatan air yang dibekalkan oleh Israel ke enklaf itu sejak Ahad, kebanyakan penduduk di Semenanjung Gaza tidak lagi mempunyai akses kepada air minuman daripada pembekal perkhidmatan atau air domestik melalui saluran paip, kata OCHA.
“UNICEF melaporkan ada yang sudah mula minum air laut”, tambahnya.
Selain itu kemudahan kesihatan terharu, stok perubatan kekurangan bekalan dan akses ke hospital dan rawatan perubatan dihalang dan jalan yang rosak.
Walaupun banyak tumpuan diberikan kepada Gaza, keadaan di Tebing Barat kekal tegang, kata OCHA. – AFP, 13 Oktober, 2023.
Komen