KUMPULAN bersenjata Lubnan, Hizbullah yang disokong Iran melancarkan peluru berpandu mensasarkan Israel hari ini yang mencetuskan serangan balas rejim zionis itu.
Serangan itu susulan tiga pejuangnya terbunuh dalam serangan Israel pada Isnin.
Serangan balas berlaku ketika Israel mengumpulkan tentera dan kereta perisai di sekitar Gaza dalam kempen membalas dendam ke atas pejuang Hamas dalam konflik yang menyebabkan ribuan orang terbunuh di kedua-dua belah pihak.
“Hizbullah mensasarkan kedudukan zionis menghadap perkampung Dhayra dengan peluru berpandu sebagai respons tegas terhadap Israel yang menyebabkan saudara kita mati syahid,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Hizbullah turut memberi amaran terhadap serangan balas Israel yang mensasarkan negara dan keselamatan penduduk awam terutama apabila serangan itu mengakibatkan kematian.
Agensi Berita Nasional (NNA) Lubnan berkata dua orang awam cedera ringan dalam serangan diperkampungan Dhayra di mana koresponden AFP melaporkan serangan itu mencetuskan kebakaran hutan berhampiran.
NNA berkata, tembakan Israel di beberapa lokasi sepanjang sempadan dibalas dengan mesingan oleh gerakan Hizbullah.
Tentera Israel berkata selepas diserang menggunakan peluru anti-kereta kebal terhadap tenteranya, IDF melancarkan serangan balas di wilayah Lubnan.
Pada Isnin, Hizbullah berkata tiga perjuangnya terbunuh dalam serangan Israel di selatan Lubanan selepas pejuang Palestin cuba menyelinap melintasi sempadan. – AFP, 11 Oktober, 2023.
Komen