KEBANYAKAN pemimpin utama parti politik utama mempertahankan kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini, kecuali Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kini bertanding di Pandan, Selangor berbanding di kerusi lamanya, Permatang Pauh di Pulau Pinang.
Anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar yang juga merupakan naib presiden PKR pula bertanding di Permatang Pauh, kerusi tradisi ayahnya, Anwar Ibrahim yang kini dipenjara.
Manakala, Presiden Amanah Mohamad Sabu pula dalam cubaan kembali ke Parlimen akan bertanding di Kota Raja. Mohamad kali terakhir menjadi ahli Parlimen di Kuala Kedah pada 1999 sehingga 2004 menggunakan tiket PAS. Beliau kini menerajui Amanah yang merupakan parti serpihan PAS.
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Joseph Kurup pula adalah satu-satunya ketua parti yang tidak bertanding kali ini. Beliau memberi laluan kepada anak lelakinya, Arthur Joseph Kurup yang akan mempertahankan kerusi milik parti itu di Pensiangan.
Manakala, adik beradik Kitingan di Sabah, Joseph Pairin dan Jeffery yang menerajui parti masing-masing akan bersemuka di kerusi Parlimen Keningau dan kerusi DUN Tambunan.
Joseph adalah presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) yang merupakan parti komponen Barisan Nasional, manakala Jeffrey pula adalah ketua Sabah Star Party (Star), parti pembangkang negeri itu.
Berikut adalah senarai presiden parti dan kawasan mereka bertanding:
Barisan Nasional
Umno - Najib Razak - Pekan
-lawan Zahid Mat Arip (Bersatu-PH)
MCA - Liow Tiong Lai - Bentong
-lawan Wong Tack (DAP-PH)
MIC - Dr. S Subramaniam - Segamat
-lawan Santhara Kumar Ramanaidu (PKR-PH)
Gerakan - Mah Siew Keong - Teluk Intan
-lawan Nga Kor Ming (DAP-PH)
SPDP (Sarawak Progressive Democratic Party) - Tiong King Sing - Bintulu
- lawan calon DAP-PH dan Sarawak Reform Party
SUPP (Sarawak United People’s Party) - Dr Sim Kui Hian - Stampin
-lawan Chong Chieng Jen (DAP-PH)
UPKO - Wilfred Madius Tangau - Tuaran
-lawan calon daripada PAS, Parti Harapan Rakyat Sabah, PKR and Parti Kebangsaan Sabah
Liberal Democratic Party - Teo Chee Kang -Tanjong Kapor (DUN)
-lawan calon PAS dan Parti Kebangsaan Sabah
PBS - Joseph Pairin Kitingan - Keningau (P) and Tambunan (DUN)
-lawan Presiden STAR Dr Jeffrey Kitingan dan calon lain di kedua-dua kerusi.
Pembangkang
Bersatu - Dr Mahathir Mohamad – Langkawi
-lawan Nawawi Ahmad (Umno-BN) dan Zubir Ahmad (PAS)
PKR - Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan
-lawan Leong Kok Wee (MCA-BN) dan Mohamed Sukri Omar (PAS)
DAP - Lim Guan Eng - Bagan (P) dan Air Puteh (DUN)
-lawan Lee Bee Seng (MCA-BN) di Bagan
-lawan Tang Heap Seng (MCA-BN) di Air Putih
Amanah - Mohamad Sabu - Kota Raja
-lawan V. Gunalan (MIC-BN) dan Mohamed Diah Baharun (PAS)
PAS - Abdul Hadi Awang - Marang
-lawan Mohd Noor Endut (Umno-BN)
Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) - Lajim Ukin - Beaufort (P) dan Klias (DUN)
-lawan calon daripada PKR, Parti Kebangsaan Sabah dan Umno di Beaufort
-lawan Parti Kebangsaan Sabah dan Umno di Klias
Sabah Progressive Party (SAPP) - Yong Teck Lee - Kota Kinabalu
-lawan calon DAP, Parti Kebangsaan Sabah dan PBS
Parti Kebangsaan Sabah - Thomas Anggan - Bingkor (DUN)
-lawan calon DAP dan Parti Kebangsaan Sabah. – 28 April, 2018.
Komen