RAFIZI Ramli hari ini menggesa masyarakat India di seluruh negara untuk menghukum Barisan Nasional (BN) kerana taktik kotor mereka dalam Pilihan Raya Umum ke 14.
Naib presiden PKR itu berkata, keputusan pegawai pengurus pilihan raya di kerusi Rantau tidak membenarkan kertas pencalonan calon PH Dr Streram Sinnasamy kerana tidak mempunyai pas SPR adalah satu contoh taktik kotor BN.
Katanya, ia membenarkan wakil BN yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan untuk menang tanpa bertanding.
“Saya percaya pengundi, terutamanya pengundi India di Negeri Sembilan dan seluruh negara boleh melihat bagaimana pemimpin BN seperi Mohamad Hassan dan penyandang kerusi Rembau Khairy Jamaluddin takut dengan perpaduan rakyat di sini yang mahu perubahan di Putrajaya.
“Saya akan ke Rembau pada Isnin bagi memastikan pengundi di Rembau menghukum Khairy dan Mohamad Hassan yang menang (tanpa bertanding) kerana mereka takut bertanding (secara adil untuk kerusi),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi berkata, oleh kerana pencalonan Dr Streram ditolak kerana dia boleh memasuki pusat itu.
Rafizi berkata alasan yang diberikan pegawai pengurus pilihan raya Agus Agos Suyub untuk mengumumkan Mohamad Hassan sebagai pemenang kerana tiada kertas pencalonan dihantar oleh Dr Streram sehingga jam 10 pagi yang merupakan waktu akhir untuk membuat pencalonan.
“Dr Streran berada di dewan penamaan calon sejak jam 8 pagi. Beliau tidak dibenarkan masuk oleh pegawai SPR bertugas kerana tidak memiliki pas masuk.
“Bagaimanapun pada jam 10.03 pagi, pegawai pengurus pilihan raya membenarkan borang pencalonan Dr Streram dibawa masuk tetapi kemudian mengumumkan ia tidak diterima kerana sudah melebihi waktu tamat jam 10 pagi,” katanya.
Mohamed Hassan yang juga pengerusi BN negeri mengekalkan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke 13 dengan 4,613 undi menentang calon PKR Aisah Lamsah. – 28 April, 2018.
Komen