KETUA PKR Sabah Christina Liew nyaris terlepas peluang menjadi calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api apabila borang pencalonan beliau dibantah oleh seorang lagi calon pembangkang.
Presiden SAPP Yong Teck Lee, yang turut bertanding di kerusi parlimen Kota Kinabalu telah mempersoalkan ‘stamping’ saksi Liew yang sepatutnya menurunkan tandatangan pada borang pencalonan.
Bagaimanapun, pegawai pengurus pilihan raya Robert Lipon membenarkan pencalonan Liew selepas mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Pilihan Raya Sabah.
“Tiada masalah,” kata beliau.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Liew menang kerusi Api-Api yang berada di bawah kerusi parlimen Kota Kinabalu.
Pada PRU14 ini, beliau akan bertanding di kerusi parlimen Tawau dan DUN Api-Api. – 28 April, 2018.
Komen