Ketua Hamas isytihar permulaan 'operasi tentera' terhadap Israel


Sebelum ini Semenanjung Gaza kembali digegar serangan roket bertubi-tubi. – Gambar EPA, 7 Oktober, 2023.

KETUA tentera Hamas Mohammed Deif mengisytiharkan permulaan ‘operasi ketenteraan’ terhadap Israel susulan serangan roket bertubi-tubi dari Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Matlamat Operasi Banjir Al-Aqsa adalah untuk menamatkan ‘pelanggaran’ Israel, kata Deif dalam kenyataan rakaman ringkasnya awal Sabtu.

Seorang wanita terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam serangan roket besar-besaran dari Semenanjung Gaza yang bermula awal Sabtu.

Wanita berusia sekitar 60 tahun itu cedera parah berhampiran bandar Gedera, menurut perkhidmatan menyelamat Magen David Adom.

Serangan besar-besaran dari Semenanjung Gaza datang secara mengejut.

Situasi kembali memuncak, terutamanya di Tebing Barat yang diduduki. – Bernama, 7 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen