PRK Pelangai: 65% keluar mengundi setakat 3 petang


SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi PRK Pelangai hari ini mencecah 75%. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Oktober, 2023.

PERATUSAN keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai mencatatkan 65 peratus setakat 3 petang hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengundian bagi memilih Adun baharu di situ melibatkan sembilan pusat mengundi dengan 30 saluran dan akan tamat pada 6 petang ini.

Jumlah keseluruhan pengundi di DUN itu ialah 16,456 orang, dengan SPR telah mengeluarkan 73 kertas undi pos termasuk kepada 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

PRK DUN Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli. – Bernama, 7 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen