Masyarakat India perlu parti baharu, kata Ramasamy


Bekas timbalan menteri Pulau Pinang P Ramasamy berkata satu parti baharu perlu ditubuhkan bagi mengangkat suara masyarakat India di negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Oktober, 2023.

MIC sudah tidak relevan, manakala pemimpin India dalam Pakatan Harapan (PH) gagal memperjuangkan nasib masyarakat itu seperti yang diharapkan, kata P Ramasamy.

Justeru, kata bekas timbalan menteri Pulau Pinang itu, satu parti baharu perlu ditubuhkan bagi mengangkat suara masyarakat India di negara ini.

Parti itu harus bebas daripada pengaruh PH dan Perikatan Nasional (PN), tegas beliau.

Ramasamy berkata MIC ditenggelami oleh parti-parti komponen dalam PH iaitu DAP dan PKR yang berbilang kaum.

“Bagaimanapun, prestasi wakil India dalam PH tidak memuaskan,” katanya dalam satu kenyataan, menambah banyak tuntutan tuntutan masyarakat India gagal dipenuhi.

Akibatnya ramai orang India mula tidak menyokong PH seperti yang disaksikan dalam pilihan raya negeri baru-baru ini, tambah Ramasamy.

“Semakin ramai orang India akan menarik sokongan daripada kerajaan perpaduan dalam pilihan raya akan datang.” – 6 Oktober, 2023.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen