CALON Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi DUN Bukit Melawati di Selangor digantikan pagi ini selepas beliau didapati bukan pemastautin di negeri itu.
Sivamalar Ganapathy dari Pahang tidak menggantikan alamat di MyKadnya dengan alamat di Selangor, yang diwajibkan bagi setiap calon yang bertanding di kerusi DUN.
Tempat beliau digantikan dengan Jawariyah Zulkifli.
Pengarah Strategik Amanah Dr Zulkifli Ahmad yang bertanding di parlimen Kuala Selangor mengesahkan perkara itu.
Beliau berkata kesilapan itu baru disedari dan perubahan segera dilakukan.
Setiap calon di kerusi DUN harus mempunyai alamat di negeri di mana mereka bertanding tetapi syarat itu tidak tertakluk kepada calon kerusi parlimen. – 28 April, 2018.
Komen