MENTERI Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan menang tanpa bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau selepas calon Pakatan Harapan, S Stretam gagal mengemukakan kertas pencalonannya, lapor Bernama.
Stretam tidak dapat mengemukakan kertas pencalonannya kerana tidak membawa bersamanya pas calon seperti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkannya masuk ke pusat penamaan calon.
Kemenangan tanpa bertanding Mohamad diumumkan pegawai pengurus pilihan raya, Amino Agos Suyup di pusat penamaan calon di Dewan Seri Rembau, di Rembau, Negeri Sembilan.
Mohamad mempertahankan kerusi DUN Rantau buat penggal keempat sejak 2004.
Pada PRU13, beliau menang dengan 4,613 undi mengalahkan calon PKR, Aisah Lamsah. – 28 April, 2018.
Komen