PENCALONAN wakil PKR bagi kerusi Wangsa Maju, Dr Tan Yee Kew hampir ditolak apabila beliau gagal menunjukkan kad pengenalannya.
Bagaimanapun, pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima borang pencalonannya selepas beliau memberikan salinan dan gambar MyKad asalnya.
Terdahulu, terdapat beberapa kejadian apabila pegawai SPR menafikan kemasukannya ke pusat pencalonan kerana tidak membawa MyKad.
Tan kemudian menunggu sementara pegawai parti bergegas untuk mendapatkan salinan MyKad.
Bekas ahli Parlimen Klang itu tertinggal MyKad dalam mesin fotostat di rumahnya di Subang Jaya. – 28 April, 2018.
Komen