PAS memilih bekas tentera sebagai calon di Pekan, Pahang untuk menentang Perdana Menteri Najib Razak.
Bekas askar Ahiatudin Daud, yang merupakan pesuruhjaya PAS di Pekan, diarahkan oleh parti bertanding di kerusi itu walaupun terdapat khabar angin mengatakan beliau enggan berbuat demikian.
Ahiatudin muncul bersama lebih 200 penyokong yang membawa bendera PAS dan berpakaian hijau ke pusat penamaan calon hari ini.
Kerusi itu secara tradisinya dipertandingkan oleh PAS tetapi diambil alih oleh PKR, yang meletakkan Fariz Musa pada Pilihan Raya Umum ke-13. Najib mengalahkan Fariz dengan majoriti 51,278 undi.
Kali ini Najib menentang Ahiatudin, Zahid Mat Arip daripada Bersatu dan calon bebas, Abd Kadir Sainuddin.
Abdul Kadir, bekas ahli PKR, baru-baru ini keluar daripada parti itu selepas tidak dicalonkan. Beliau berkata berhasrat untuk menamatkan pemerintahan Najib.
“Orang ramai tidak suka Najib. Mereka mahu Najib meletak jawatan,” kata Abdul Kadir kepada pemberita ketika ditemui di pusat penamaan calon hari ini. – 28 April, 2018.
Komen