Lebih 2,000 penyokong iringi Dr Mahathir ke pusat penamaan calon


The Malaysian Insight

LEBIH 2,000 penyokong mengiringi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah di Pulau Langkawi, Kedah.

Mereka berarak dengan memegang bendera PKR, sepanduk dengan gambar Dr Mahathir dan turut menjeritkan slogan “Hidup Tun”, “Pakatan Harapan” dan “reformasi”.

Turut kelihatan bersama Dr Mahathir ialah isterinya Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anak-anaknya Marina dan Mokhzani.

Seorang penyokong yang hanya mahu dikenali sebagai Hamzah memberitahu Malaysia Decides, beliau datang sejauh dari Terengganu untuk memberikan sokongan kepada Dr Mahathir.

“Saya sampai semalam, lepas habis penamaan calon saya akan balik ke Terengganu,” kata lelaki berusia 60 tahun itu.

“Saya percaya Tun akan menang besar dan akan membuat perubahan di negara kita.”

Seorang penyokong wanita Fila, 35, berkata beliau sudah mula berkumpul menunggu Dr Mahathir sejak jam 7.30 pagi lagi.

“Saya nak bersama Tun pada hari yang bersejarah ini dan pastikan beliau menang besar,” kata pengundi Parlimen Langkawi dan DUN Kuah itu.

“Najib Razak akan hilang kuasa selepas ini.”

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, calon Barisan Nasional (BN) Nawawi Ahmad menewaskan calon PKR Ahmad Abdullah di kerusi Parlimen Langkawi dengan majoriti 11,861 undi. – 28 April, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen