Warisan cabar penguasaan BN dalam pertempuran di Sabah


The Malaysian Insight

PERTARUNGAN 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi negeri Sabah akan menyaksikan pertempuran antara Warisan yang diketuai bekas pemimpin Umno, Shafie Apdal dengan Barisan Nasional (BN), yang dipimpin Ketua Perhubungan Umno Sabah, Musa Aman.

Kedua-duanya merupakan musuh ketat dalam politik.

Misi Warisan, antara lain, adalah untuk melihat kejatuhan rejim BN Sabah, membentuk kerajaan negeri sambil membatasi pengaruh Semenanjung Malaysia dalam politik tempatan.

Ia adalah satu mesej yang sering laungkan kepada penduduk Sabah, kata Johan Ariffin daripada kumpulan G25.

Senarai manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 mempertahankan hak-hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963, mengawal hasil dan sumber negeri, serta menggubal dan pembaharuan undang-undang tanah.

“Saya melihat orang ramai semakin bosan dengan penguasaan Umno terhadap negeri dan politik Umno,” kata Johan.

“Mereka mahu kembali ketika Sabah diperintah oleh parti tempatan dan apabila kita mempunyai lebih banyak kawalan terhadap dasar dan hala tuju kerajaan.”

Tetapi legasi berasaskan kaum daripada pemerintahan BN selama lebih 20 tahun akan menjadi cabaran bagi Shafie, yang cuba menembusi pembahagian kaum dengan mengisytiharkan Warisan sebagai parti berbilang kaum.

Warisan juga akan terpaksa berdepan pertembungan lebih kompleks dan pelbagai penjuru di hampir semua kawasan, menjadikannya lebih sukar untuk memperoleh kemenangan.

“Pengundi mungkin akan memecahkan undi atau merosakkan undi mereka ... Ia terlalu sesak,” kata Richard Simon, berketurunan Kadazan yang berasal dari Penampang.

Warisan mempunyai pakatan pilihan raya dengan DAP Sabah dan PKR Sabah, tetapi akan mengetuai pembangkang di Sabah. Shafie berkata Warisan akan bertanding 45 kerusi negeri dan 17 kerusi Parlimen.

PKR Sabah akan bertanding di 15 kerusi (enam persekutuan dan sembilan kerusi negeri) dan DAP 10 kerusi (tiga persekutuan dan tujuh kerusi negeri). – 28 April, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen