4 tentera, 3 pengganas maut berbalas tembakan di Pakistan


Pasukan Keselamatan Pakistan akan terus menggagalkan usaha musuh keamanan dan kemakmuran di negara itu. – Gambar AFP, 30 September, 2023.

SEKURANG-KURANGNYA empat tentera Pakistan dan tiga pengganas terbunuh dalam pertempuran di sempadan Pakistan-Afghanistan di wilayah Balochistan barat daya negara itu, lapor Xinhua pada Jumaat.

Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan, sayap media tentera Pakistan, dalam satu kenyataan memaklumkan kumpulan pengganas itu adalah Tehrik-e-Taliban Pakistan.

Sementara itu, beberapa lagi individu mengalami kecederaan.

“Pasukan Keselamatan Pakistan akan terus menggagalkan usaha musuh keamanan dan kemakmuran di negara itu,” menurut tentera. – Bernama, 30 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen