Sarawak mahu tangani penyusutan penanaman padi 


Desmond Davidson

Premier Sarawak Abang Johari Openg (tengah) melihat varieti nanas baharu di Sarawak Agrofest 2023 di Petrajaya, Kuching hari ini.– 22 September, 2023.

KERAJAAN Sarawak, yang bimbang dengan penanam padi menggunakan tanah mereka untuk menanam tanaman kontan lebih menguntungkan, sedang memikirkan dasar bagaimana untuk melindungi tanah ladang padinya yang semakin menyusut, kata Premier Abang Johari Openg hari ini.

Beliau berkata kerajaan masih mengkaji dua pilihan – sama ada untuk zonkan kawasan tertentu sebagai kawasan penanaman padi atau mewartakan tanah yang telah digunakan untuk menanam padi mengekalkan tanaman itu.

Terdahulu, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah negeri, Dr Stephen Rundi, dalam ucapannya di Sarawak Agrofest di Petrajaya, berkata terdapat keperluan sebenar untuk mewartakan tanah ladang padi supaya tanah itu kekal semata-mata untuk penanaman padi.

Langkah itu, katanya, penting untuk keselamatan makanan di negeri ini.

Rundi berkata memandangkan negeri memerlukan 20,000-30,000 hektar tanah untuk penanaman padi, petani meninggalkan penanaman makanan ruji itu dan beralih kepada tanaman yang lebih menguntungkan seperti kelapa sawit menjejaskan keselamatan makanan negeri.

“Bukan padi hari ini, kelapa sawit esok,” katanya sambil menggesa desakan untuk menghalang penyusutan itu.

Ketika ini, hanya 14,000 hektar tanah di negeri ini digunakan untuk menanam padi.

“Menanam padi menjadi masalah dan pengeluaran padi semakin berkurangan. Itu kerana tumpuan kita pada minyak sawit.

“Kita membuat kesilapan dalam perancangan. Kita memberi tumpuan kepada minyak sawit.” – 22 September, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen