Muhyiddin sekali lagi disiasat berhubung ucapan kempen Johor


Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin dipanggil polis untuk beri keterangan berhubung ucapannya pada kempen pilihan raya di Simpang Jeram, Johor. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 September, 2023.

POLIS menyoal siasat semula Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin pagi ini berhubung kenyataannya semasa pilihan raya kecil di Johor baru-baru ini.

Ini adalah kali kedua beliau dipanggil untuk disoal siasat berhubung ucapannya sepanjang tempoh berkempen.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan Muhyiddin dipanggil untuk disoal siasat pagi ini, lapor Malaysiakini.

Kali ini, beliau disoal siasat berhubung ucapannya di Simpang Jeram pada 3 September lepas yang mana beliau didakwa mengatakan orang Melayu telah kehilangan kuasa politik dan kawalan kerajaan persekutuan.

Sebelum ini, polis merakam kenyataan Muhyiddin berhubung satu lagi ucapan yang disampaikan pada hari yang sama di kawasan Parlimen Pulai semasa kempen pilihan raya.

Di Pulai, Muhyiddin berkata adalah “haram” untuk mengundi Pakatan Harapan. – 21 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen