Ahli Parlimen Perikatan keluar dewan tanda protes


Ravin Palanisamy

Sidang media ahli Parlimen Perikatan yang keluar dari dewan sebagai tanda protes, petang ini. – Gambar Facebook, 19 September, 2023.

HAMPIR semua ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) keluar dari Dewan Rakyat hari ini selepas Mohd Radzi Jidin (Putrajaya-PN) dihalau keluar oleh Speaker Johari Abdul.

Radzi diarah keluar selepas beliau berterusan menyuarakan kekecewaannya terhadap keputusan speaker kerana tidak meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya, selepas Anwar mengecam ahli Parlimen Putrajaya itu.

Anwar, semasa menjelaskan keputusan peguam negara (AG) yang membebas tanpa dilepaskan (DNAA) kepada Timbalan Perdana Menteri Ahamd Zahid Hamidi dalam perbicaraan rasuahnya, berasa kesal apabila menyedari Radzi ketawa.

“Larut (Hamzah Zainudin) bertanya apa yang saya bincangkan (dengan AG) kerana jawapan saya (untuk soalan) di Singapura adalah mengenai perkara yang saya bincangkan.

“Apabila AG membuat keputusan, saya bertanya kepadanya. Ya. Tetapi saya tidak membincangkan keputusannya, saya minta justifikasi beliau, untuk penjelasan,” kata Anwar.

Sambil memandang Radzi, yang ketawa mendengar penjelasan Anwar, ahli Parlimen Tambun itu mengeluarkan kenyataan pedas: “You boleh gelak… you boleh gelak Putrajaya, kerana you buat perkara itu. Semasa pentadbiran (PN) you buat perkara itu,” katanya.

Radzi yang kelihatan berang segera bangun dan meminta speaker mengarahkan Anwar menarik balik kenyataannya. – 19 September, 2023.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen